The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Panggilan Skuad Kebangsaan : Kejuaraan AFF U-23

Feb 11, 2022 - FAS

Skuad muda negara telah selamat tiba di Phnom Penh, Kemboja bagi menghadapi Kejuaraan AFF Bawah 23 tahun 2022 yang bermula pada 14 hingga 26 Februari.

Pada 8 Februari, Brad Maloney, pengendali skuad bawah 23 tahun negara telah memanggil empat pemain muda Selangor FC iaitu Sikh Izhan Nazrel (penjaga gol) dan tiga barisan pertahanan, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Azrin Afiq menyertai pasukan bagi sebelum berlepas pagi ini.

Selain mereka, tiga pemain yang telah ke kem latihan pusat iaitu dua pemain pertahanan Selangor FC 2 iaitu Faiz Amer dan Fahmi Daniel serta seorang pemain tengah pasukan Presiden Selangor FC, Fakrul Iman juga berjaya melayakkan diri menyertai skuad bawah 23 tahun ini ke Kemboja.

Skuad muda negara telah diundi dalam Kumpulan B dalam saingan AFF menentang Myanmar (15 Februari), Laos (18 Februari) dan Indonesia (21 Februari) ini pada jam 5 petang.

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.

Walaubagaimanapun, semalam pasukan muda Indonesia telah menarik diri daripada saingan AFF kerana beberapa pemain pasukan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Ini bermakna pasukan B hanya akan bersaing di antara Malaysia, Myanmar dan Laos sahaja.

Selangor FC mengucapkan selamat berjuang kepada skuad bawah 23 tahun negara dalam saingan Kejuaraan B-23 AFF ini. Semoga berjaya Harimau Muda! 

Demi Kebanggaan!